PANDUAN UMRAH

PANDUAN TEMPAHAN PAKEJ UMRAH TIRAM TRAVEL 2015/16

  1. DEPOSIT
    RM500 seorang (pakej biasa), RM1000 seorang (Pakej Hilton / Safwa Tower) di mana-mana pejabat Tiram Travel (sila lihat bahagian hubungi kita)
     
  2. PEMBAYARAN 
    Pembayaran melalui 'direct bank-in' / transaksi internet perlu disertakan resit sebagai bukti pembayaran
    AKAUN TIRAM TRAVEL SDN BHD :

    MAYBANK      551016204062
    BANK ISLAM   01014010026756

DOKUMEN : 40 HARI SEBELUM TARIKH BERLEPAS

DOKUMEN PAKEJ CUTI SEKOLAH : 2 BULAN SEBELUM TARIKH BERLEPAS

       1) Pasport antarabangsa (tarikh sahlaku pasport hendaklah melebihi 6 bulan dari tarikh penerbangan).

       2) 2 keping gambar visa umrah mengikut syarat-syarat berikut:
         * Saiz gambar berukuran 6 cm x 4 cm
         * Saiz wajah berukuran 4 cm x 3 cm    * Latar belakang berwarna putih
         * Tidak memakai songkok / kopiah (bagi lelaki)  * Bertudung gelap (bagi perempuan)


                                        


       3) Sijil suntikan Meningitis (ACWY)

       4) Dokumen bagi jemaah yang bermahram:
          - Isteri di bawah 45 tahun :
            Salinan sijil nikah serta disahkan oleh Jabatan Agama dan Wisma Putra.
          - Anak perempuan di bawah 45 tahun :
            Salinan sijil lahir serta disahkan oleh JPN dan   Wisma Putra
          - Anak lelaki dan perempuan bawah 18 tahun,  
            Salinan sijil lahir disahkan oleh JPN  dan sijil nikah ibu bapa disahkan oleh pegawai nikah, cerai & rujuk
            disahkan serta Wisma Putra
          
* Diwajibkan pergi bersama ibu dan bapa.
          - Adik-beradik :
            Salinan sijil lahir (kedua-duanya) serta disahkan oleh JPN dan Wisma Putra serta salinan kad pengenalan bapa.
          
* Bawah 18 tahun diwajibkan pergi bersama ibu.
         - Anak angkat :
           Salinan sijil anak angkat yang disahkan oleh JPN dan salinan sijil nikah ibu bapa disahkan pegawai nikah,
           cerai & rujuk serta disahkan Wisma Putra.
           
(Diwajibkan pergi bersama ibu dan bapa).
         - Anak tiri :
           Salinan sijil cerai / sijil mati(bapa) dan surat hak penjagaan anak daripada Mahkamah Syariah, sijil lahir anak yang
           disahkan oleh JPN, sijil nikah yang disahkan pegawai nikah, cerai & rujuk. Semua dokumen perlu disahkan di Wisma
           Putra. Kad pengenalan bapa (Jika masih hidup)
         - Cucu :
           Salinan sijil lahir, salinan sijil lahir bapa/ibu yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra serta salinan kad pengenalan
           bapa.
          
* Bawah 18 tahun diwajibkan pergi bersama ibu.
         - Anak saudara :
           Salinan sijil lahir, salinan sijil lahir bapa dan adik beradik bapa (jika sebelah bapa) / ibu dan adik beradik ibu (jika
           sebelah ibu) yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra serta salinan kad pengenalan bapa.
         
* Bawah 18 tahun diwajibkan pergi bersama ibu.
      

         Dokumen tambahan bagi bukan pasport Malaysia perlu mempunyai :

         a) PR (Permenant Residence)    b) Permit Kerja      c) Permit belajar     d)Visa Sosial (Multiple Entry)


Syarikat menyediakan perkhidmatan pengesahan dokumen di Wisma Putra dengan bayaran RM 10.00 untuk satu dokumen. Pengesahan JPN atau JAI perlu diuruskan sendiri kerana pihak JPN atau JAI memerlukan dokumen asal bagi pengesahan. 
  • Syarikat tidak bertanggungjawab  untuk kelulusan visa diatas dokumen atau bayaran  yang diserahkan lewat daripada tempoh yang ditetapkan.

                                                                              PESAKIT DIALISIS : Pesakit Dialisis tidak diterima





TERMA & SYARAT PAKEJ UMRAH TIRAM TRAVEL 2016


SYARAT MENDAPATKAN 1 PAKEJ PERCUMA :
  1. Pendaftaran jemaah mesti dalam satu invois dan penerbangan tarikh yang sama.
  2. Perkiraan jemaah mesti dewasa. Kanak-kanak/Infant  tidak diambil kira.
  3. Setelah mengambilkira keperluan seat kanak-kanak dan mutawwif  maksima pakej percuma yang diperuntukan adalah 3 termasuk 1 utk mutawwif bagi satu kumpulan 40-45 orang.
  4. Sesiapa yang ingin mengunakan pakej percuma semasa membuat booking, Cawangan perlu mendapatkan No kupon dari (Kewangan JB) dan no tersebut perlu ditulis dalam invois yang diserahkan kepada pelanggan.
  5. Harga mesti digunapakai seperti yang tertera di dalam sistem.
  6. Di dalam sistem booking, No Kupon perlu ditulis untuk jemaah yang diberi percuma. Invois yang dikeluarkan juga perlu di tulis No Kupon.
  7. Pakej percuma tidak boleh diganti dengan wang tunai.
POTONGAN HARGA KANAK-KANAK & VISA SENDIRI :
  • Kanak-kanak 6 tahun kebawah : Potongan RM 600.00 daripada harga pakej.
  • Bayi sebelum 2 tahun : Bayar RM 2000.00 sahaja.
  • Visa sendiri : (dengan persetujuan syarikat) : Potongan  RM 180.00 daripada harga pakej.

TAMBAHAN BAYARAN UNTUK 'UPGRADE' BILIK :
- Harga berdasarkan  susunan bilik berempat atau berlima. 'Upgrading bilik' tertakluk kepada bayaran tambahan
   seperti berikut :


                      Hotel Ekonomi : (III) Bilik bertiga : RM 30 seorang semalam     (II) Bilik berdua : RM 80 seorang semalam
                      Hotel Safwa      : Upgrade ke bilik bertiga dari bilik berlima : RM100 seorang semalam
                      ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                      RAMADHAN     : Hotel Ekonomi : (III) Bilik bertiga : RM 60 seorang semalam  
                                                                               (II)  Bilik berdua : RM 120 seorang semalam




PEMBATALAN PAKEJ OLEH JEMAAH DAN REFUND :
  1. Syarikat tidak akan membuat pemulangan deposit dan bayaran penuh kecuali bagi kes kematian dan sakit kronik dengan sokongan sijil kematian dan surat pengesahan doktor. Potongan pengurusan adalah RM200 seorang.
  2. Urusan ‘refund’ mengambil masa 3-6 bulan dan bayaran akan dibuat melalui cek syarikat di atas nama jemaah seperti resit  (invois) yang dikeluarkan.
     

0 comments: